Proton R3 (Race. Rally. Research) divisyen sukan permotoran (motorsport) dan prestasi tinggi milik PROTON dilaporkan telah menutup operasi sepenuhnya semalam.
Menerusi perkongsian Facebook Suriya Sankaran, tarikh 11 Julai 2025 merupakan hari terakhir baki para pekerja membuat tugasan mereka di pangkalan mereka di PROTON Shah Alam.

“Ia adalah hari yang memilukan bagi para peminat sukan permotoran, apabila cabang motorsport Proton yang suatu ketika dahulu begitu dibanggakan kini ditamatkan secara senyap.
“Kakitangan yang masih tinggal telah dipindahkan ke kilang PROTON di Tanjung Malim untuk meneruskan kerjaya mereka di barisan pengeluaran — jauh dari deruman enjin perlumbaan dan semangat persaingan yang suatu ketika dahulu menjadi nadi kepada kerja harian mereka,” katanya.
Difahamkan usaha untuk menghidupkan semula bahagian ini di bawah Proton Global Services (PGS) gagal untuk mengekalkan kelangsungan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: