Site icon Kool FM

Ditampar Polis Tidak Bertugas, Penunggang Motosikal Buat Laporan

Ditampar Polis Tidak Bertugas, Penunggang Motosikal Buat Laporan


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha mengesahkan seorang pemuda berusia 21 tahun telah membuat laporan polis berhubung video tular di mana dia didakwa ditampar anggota polis berpakaian awam di sebuah stesen minyak di Taman Perling di sini.

Memetik Harian Metro, semalam polis mengesahkan satu siasatan dalaman dilancarkan susulan video tular  mangsa ditampar oleh seorang anggota polis yang tidak bertugas.

“Dakwaan serangan itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda RM2,000, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: