Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dituduh Cuai Biarkan Anak 12 Tahun Bawa Kereta, Bapa Mengaku Tidak Bersalah

today7 August 2024

Background
Sumber Gambar: Free Malaysia Today


Bapa kepada seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dirakam video memandu kereta mengaku dibicarakan atas pertuduhan cuai di mahkamah sesyen di sini hari ini

Tertuduh, seorang pemastautin tetap di Malaysia, mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Fuad Othman, petik Free Malaysia Today.

Lelaki itu didakwa mengabaikan dan mendedahkan anaknya kepada bahaya pada 28 Julai lalu di Taman Putra Impiana, Puchong.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda maksimum RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Nurul Farahin Sasaruddin memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM15,000 tetapi peguam Nabilla Rosli memohon jumlah yang lebih rendah, berkata tertuduh adalah seorang jurujual permaidani kecil-kecilan dan mempunyai lima anak berusia 6 hingga 19 tahun.

Memetik laporan lagi, Fuad membenarkan ikat jamin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post