Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dituduh Curi Enjin RX-Z Milik Wanita, Korperal Mengaku Tidak Bersalah

today29 October 2024

Background
Dituduh Curi Enjin RX-Z Milik Wanita, Korperal Mengaku Tidak Bersalah


Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri enjin motosikal Yamaha RXZ dalam pekarangan IPD Kemaman, Julai lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd, di Mahkamah Sesyen Kemaman.

Baca Juga:

Memetik Free Malaysia Today, tertuduh didakwa mencuri enjin motosikal milik seorang wanita di tepi bangunan pejabat pegawai penyiasat trafik IPD Kemaman, kira-kira antara 12.45 tengah malam hingga 1.15 pagi, pada 20 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara antara satu hingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Memetik laporan itu lagi, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwaan Polis, Muhammad Afif Mohd Amir, manakala Faris Zahim diwakili peguam Masliela Ismail, lapor Sinar Harian.

Masliela merayu jaminan tersebut dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga serta berpendapatan rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Piala Emas Raja-Raja masih relevan

Kuala Lumpur: Berakhirnya saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) bagi edisi ke-102 di Melaka pada Ahad lalu menyaksikan pertandingan kedua tertua di negara ini itu masih relevan di mata peminat bola sepak negara.

today29 October 2024