Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dituduh Lelaki, Peninju Algeria Saman Elon Musk & Donald Trump Kerana Buli Siber

today14 August 2024

Background


Peninju wanita Algeria, Imane Khelif, yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam acara tinju wanita 66kg di Sukan Olimpik Paris 2024, kini telah bertindak menyaman beberapa orang yang membulinya di media sosial, termasuk tokoh terkenal dunia seperti J.K. Rowling, Elon Musk dan Donald Trump.

Menurut laporan dari Variety, Khelif telah memfailkan aduan jenayah kepada pihak berkuasa Perancis atas dakwaan gangguan siber yang dialaminya sepanjang berlangsungnya Olimpik Paris.

Aduan ini difailkan pada 9 Ogos di pusat anti-kebencian dalam talian, di pejabat Pendakwa Raya Paris.

Nabil Boudi, seorang peguam yang berpangkalan di Paris dan mewakili Khelif, mengesahkan kepada Variety bahawa kedua-dua individu Musk dan Rowling telah dinamakan dalam saman tersebut.

Boudi menjelaskan bahawa kes ini difailkan terhadap X (sebelumnya dikenali sebagai Twitter) untuk memastikan pihak pendakwa mempunyai kebebasan untuk menyiasat semua individu yang terlibat,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post