Site icon Kool FM

Dituduh Pembuli, Sera Melissa Buat Laporan Polis – ‘Sedia Beri Kerjasama Kalau Tuduhan Benar’

Dituduh Pembuli, Sera Melissa Buat Laporan Polis –  ‘Sedia Beri Kerjasama Kalau Tuduhan Benar’


Pelakon, Sera Melissa tampil membuat laporan polis susulan terdapat dakwaan pernah melakukan perbuatan buli terhadap seorang individu kira-kira 10 tahun lalu ketika masing-masing berusia sekitar 10 tahun.

Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Pembuli Sudah Jadi Pelakon – ‘Aku Tak Perlukan Maaf ..’

Menerusi perkongsian di Instagram, Sera, 27, berkata dakwaan yang tular di Threads baru-baru ini menyebabkan dirinya menerima pelbagai tohmahan selain maklumat dirinya tersebar luar.

Pelakon drama Hilang Dalam Rindu itu berkata laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Merujuk kepada perkara yang tular di media sosial pada 2 Julai 2026 melalui satu hantaran di aplikasi Threads yang mendakwa saya merupakan seorang pembuli ketika berusia 10 tahun.

Hantaran tersebut turut menyebut nama watak serta tarikh lahir saya, sekali gus menyebabkan orang ramai mengaitkan dakwaan itu dengan diri saya.

Susulan hantaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version