
Kemenangan di Mahkamah Rayuan baru-baru ini bukan sekadar kejayaan meraih ganti rugi bernilai RM900,000 bagi ahli perniagaan Inderpal Singh.
Sebaliknya, keputusan itu mengakhiri pertikaian undang-undang yang disifatkannya sebagai satu perjuangan panjang demi membersihkan nama dan mempertahankan integriti diri.
Isu ini berakar daripada tindakan sebuah syarikat insurans menolak tuntutan pembaikan kenderaan mewah miliknya, Bentley GTS V6 MDS, selepas kemalangan yang berlaku beberapa tahun lalu.
Syarikat insurans terbabit mendakwa kemalangan berkenaan sengaja direka untuk membuat tuntutan palsu, satu tuduhan yang amat mengguris perasaan Inderpal lapor Harian Metro.
Tuduhan yang Mempersoalkan Maruah
Melalui kenyataan di akaun Facebook miliknya, Inderpal meluahkan rasa terhina dengan dakwaan bahawa beliau merancang kemalangan tersebut.
Beliau berpendapat andaian bahawa beliau tidak mampu memiliki kenderaan itu amat tidak masuk akal, memandangkan beliau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: