PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar mengumumkan pembayaran dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 adalah sebanyak 15 peratus, dengan jumlah pembayaran sebanyak RM429.5 juta kepada 827,066 anggotanya.
Ia dua peratus lebih tinggi berbanding dividen sebanyak 13 peratus yang diumumkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
Noh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, pembayaran dividen akan mula dibuat mulai 25 April 2022.
“Bank Rakyat masih mengekalkan prestasi kadar dividen berjumlah dua digit untuk tempoh 23 tahun dan saya percaya pencapaian ini hasil daripada komitmen untuk merealisasikan mandat yang dipertanggungjawabkan bagi memperkasa kesejahteraan ekonomi anggota dan pelanggan.
“Bank Rakyat juga sentiasa prihatin terhadap keperluan anggotanya yang mana 30 peratus penerima individu terdiri daripada golongan B40, manakala 20 penerima anggota koperasi terdiri daripada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
