Site icon Kool FM

DIY Penyedut Habuk Perabot, Spray Je Habuk Tak Melekat!

penyedut habuk


Buat anda yang tinggal di kawasan perumahan jenis tinggi seperti apartment atau kondomminium, pasti akan mengalami masalah habuk berkumpul di perabot rumah. Walaupun sudah menggunakan penyedut habuk elektrik, tetap akan ada sisa-sisa habuk yang tertinggal. Penat nak buang!

Ada satu perkongsian untuk anda DIY sahaja penyembur yang dapat mengelakkan habuk melekat pada perabot di dalam rumah. Cara ini juga merupakan cara paling popular yang digunakan ramai bagi mengelakkan habuk terus berkumpul.

Baca juga: Cara Paling Berkesan Halau Lipan ‘Berkampung’ Dalam Bilik Air, Sekali Buat Dah Lari!

DIY PENYEDUT HABUK YANG MELEKAT DEKAT PERABOT

penyedut habuk

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Satu botol spray kosong

-Satu penutup cecair pelembut pakaian

-1 liter air

Cara-caranya:

1.Campurkan cecair pelembut pakaian bersama air dalam satu botol.

2.Setelah campuran sebati, masukkan dalam botol penyembur.

3.Sembur pada perabot bagi mengelakkan habuk melekat padanya.

*Mudah sahaja bukan?…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version