Site icon Kool FM

D’Jue Wellness aktif tingkatkan kesedaran kesihatan masyarakat


SHAH ALAM – Menyedari pe­ningkatan kadar pesakit diabetes yang semakin ketara setiap tahun sehingga meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama di rantau Asia Tenggara menca­tatkan kelaziman diabetes ter­tinggi, menyebabkan satu tindakan drastik perlu dilakukan oleh semua pihak.

Salah satu usaha untuk membantu mengekang penyakit berbahaya itu terus menjadi kritikal sehingga melibatkan golongan muda dan remaja, D’Jue Wellness Centre (D’Jue Wellness) telah mengambil pendekatan positif dengan menganjurkan satu program seminar MYDJ (Manage Your Diabetic With Dr Jue) di sebuah pusat konvensyen di sini baru-baru ini.

Pengasas syarikat, Dr. Siti Juariah Kusni berkata, ini adalah program keempat anjuran syarikat yang diasaskan pada tahun 2018 dan telah mendapat sam­butan menggalakkan daripada masyarakat.

Program tersebut bertujuan untuk membantu meningkatkan kesedaran serta pengetahuan meluas dalam aspek kesihatan berkaitan penyakit diabetes.

“Lebih 800 peserta hadir pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version