Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

DOF Sahkan Ikan Ditangkap Di Empangan Klau Miliki Ciri Piranha

today17 September 2026

Background
DOF Sahkan Ikan Ditangkap Di Empangan Klau Miliki Ciri Piranha


Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengesahkan seekor ikan yang ditangkap di Empangan Klau, Pahang pada 26 Ogos lalu mempunyai ciri morfologi yang konsisten dengan genus Pygocentrus, iaitu kumpulan ikan piranha.

Pengesahan tersebut dibuat berdasarkan penilaian teknikal oleh Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Glami Lemi, Negeri Sembilan menerusi analisis gambar dan rakaman video.

Bagaimanapun, pengesahan muktamad bagi peringkat spesies tidak dapat dilakukan berikutan spesimen fizikal tidak disimpan untuk pemeriksaan lanjut, petik Buletin TV3.

Ikan berkenaan dilaporkan telah mati dan dibuang oleh individu yang menangkapnya sebelum pihak berkuasa sempat menjalankan siasatan.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain menegaskan bahawa setakat ini kejadian tersebut merupakan kes terpencil dan tiada bukti menunjukkan kewujudan populasi piranha yang membiak di kawasan berkenaan.

Pemantauan lapangan oleh Pejabat Perikanan Negeri Pahang sehingga 15…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Messi raih gol ke-100 untuk Inter Miami

Miami: Lionel Messi terus mengukuhkan legasinya bersama Inter Miami apabila meledak gol ke-100 untuk kelab itu ketika membantu pasukan berkenaan menewaskan Cruz Azul 2-0 untuk menjulang trofi Piala Campeones, hari ini.

today17 September 2026