Site icon Kool FM

Doktor Dan Anak 4 Tahun Parah Dirempuh SUV Dipandu Pelajar Sekolah Menengah


Seorang lelaki yang juga seorang doktor dan anaknya cedera parah selepas dirempuh oleh pemandu SUV yang dilaporkan merupakan seorang pelajar sekolah menengah.

Kejadian berlaku di Bulatan Jalan Persiaran Seri Impian, Kluang, Johor pada Rabu lalu kira kira 4.10 minit petang. Pemandu SUV berwarna  hitam tersebut dilihat bergerak laju walaupun ketika memasuki bulatan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan kereta SUV itu dipandu seorang lelaki yang merupakan pelajar sekolah menengah.

Mangsa yang dirempuh adalah warga Indonesia, Agung Nugroho Darmawan, 40, dan anaknya, Said Hassan berusia empat tahun yang menaiki Perodua Bezza.

Menurut polis lagi, Agung Nugroho dan anaknya mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian fizikal serta organ dalaman. Kanak kanak yang berada dalam kereta itu baru berusia 4 tahun dan parah di bahagian kepala.

Menurut laporan oleh Sinar Harian, Agung Nugroho dirawat di Unit Rawatan Rapi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version