Pada mulanya, ramai netizen menyangka bahawa juruwang outlet itu menulis mesej pada resit. Bagaimanapun, ADUN Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata beliau melawat kedai Domino’s berkenaan dan membincangkan perkara itu dengan pengurusan wilayah utara dan penyelia cawangan rangkaian pizza itu, Mohd Shukri Salem.
Dalam kenyataannya di Facebook, ramai orang termasuk dirinya, salah faham dengan insiden tersebut.
“Sebenarnya resit yang diviralkan itu adalah resit order secara online dan ada ruangan ‘remark’ yang disalahgunakan oleh ‘pemprovokasi’ tersebut,” tulisnya.
“Pihak Polis telah buka kertas siasatan 298/14.Saya juga berharap agar masyarakat juga kekal tenang dan tidak termakan dengan provakasi ini.Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk selesaikan,” tambahnya lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: