
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan mahu mencalonkan Presiden FIFA, Gianni Infantino, sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baharu selepas kejayaan Piala Dunia 2026.
Menurut laporan New York Post, Trump menganggap Infantino sebagai seorang pemimpin yang mampu menyatukan masyarakat dunia dan mempunyai pengaruh global hasil kepimpinannya dalam bola sepak antarabangsa.
Hubungan rapat antara kedua-duanya juga semakin terserlah sepanjang penganjuran Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Bagaimanapun, laluan Infantino ke kerusi tertinggi PBB bukan mudah. Calon Setiausaha Agung perlu mendapat sokongan Majlis Keselamatan PBB sebelum diluluskan oleh Perhimpunan Agung bagi menggantikan António Guterres yang bakal menamatkan penggalnya hujung tahun ini.
Jawatan Setiausaha Agung PBB merupakan salah satu jawatan paling berpengaruh di peringkat antarabangsa, dan calon yang dilantik memerlukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
