Menerusi sebuah hantaran @yazid_hamka di X, dia berkongsi dia telah menerima sebuah soalan bertanyakan adakah dosa pemilik akaun DS itu tetap sampai kepada dia walaupun dia dah meninggal dunia?
Memberi respon kepada soalan itu, dia menjawab perkara itu benar selagi video atau gambar maksiat yang dimuat naik itu masih ditonton.
“Ya. Dosa itu akan terus mengalir selagi mana video atau gambar maksiat itu ditonton. Walaupun dah berlalu 1000 tahun. Ia jadi dosa jariah, dosa yang sentiasa mengalir.
“Lebih parah kalau perbuatannya sebelum ini ada orang yang ikut. Ada orang lain tengok macam seronok hidup buat DS, dan orang ini pun ikut buat juga. Jadi, saham dosa ini akan kembali kepada DS yang asal tadi.
“Dosa itu akan bertimbun-timbun, dan dia akan bawa dosa ini berhadapan dengan Allah di akhirat nanti. Datang bersendirian. Berada dalam mahkamah Allah. Berhadapan dengan Allah,” jawabnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: