KUALA LUMPUR- Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah meraikan kerjasama dan pencapaian semua ahli-ahlinya serta memperkenalkan semula Yayasan Datuk Dato Malaysia (YDDM) yang kini kembali aktif.
Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan dewan perniagaan tersebut, Datuk Seri Sharizal Sarip, majlis tersebut bukan sekadar meraikan pencapaian ahli, tetapi juga berfungsi sebagai platform eksklusif bagi ahli-ahli dewan untuk berkongsi pengalaman, membina hubungan baru, dan memperkukuh jaringan perniagaan mereka.
“Melalui program sebegini, ahli-ahli kami dapat berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain dan memperluaskan jaringan perniagaan yang mana boleh membantu kepada pembangunan syarikat mereka di masa akan datang.
“Selain itu, tujuan dewan ini ditubuhkan adalah untuk menggabungkan peniaga-peniaga tempatan dalam satu organisasi untuk kerjasama perniagaan dan juga memudahcarakan program-program kemasyarakatan,” katanya di sini, baru-baru ini.
Majlis yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
