KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) mahu menyokong inisiatif kerajaan untuk membangunkan sehingga 10,000 pemegang sijil halal yang terdiri daripada pelbagai kategori perniagaan bersaiz kecil dan sederhana.
Ini adalah usaha dewan tersebut secara berterusan untuk mengukuhkan misi negara menjadi pemimpin global dalam produk dan perkhidmatan halal.
Pengerusi Tetap DPIM dan juga Pengerusi Cyberview Sdn. Bhd., Datuk Romli Ishak berkata, masih banyak lagi syarikat berpotensi yang memerlukan nasihat, bimbingan dan pemantauan tentang usaha kearah mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menurut beliau, antara usaha pihaknya adalah dengan penganjuran Ekspo Halal Malaysia 2024 yang turut melibatkan penyertaan pemain yang akan memberi panduan dan testimoni mengenai impak positif terhadap syarikat setelah mendapat sijil halal.

“Sepanjang acara tiga hari ekspo tersebut berlangsung, usahawan terlibat dalam sesi perkongsian, aktiviti…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: