
Suami kepada pelakon Julia Farhana iaitu Dr Che Hafiz menafikan spekulasi rumah tangga mereka sedang bergolak.
‘Kami baik-baik saja’


Ketika ditemui OhBulan!, Dr Che Hafiz atau nama lengkapnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum mengakui setiap rumah tangga memiliki ujian tersendiri.
Tambah Dr Hafiz, dia hanya mengharapkan doa orang ramai buat rumah tangganya.
Saya pun tak pasti sebenarnya macam mana boleh timbul spekulasi. Saya dengan Julia baik-baik saja.
Biasalah dalam rumah tangga mesti ada pasang surutnya. Rumah tangga mana saja tak ada ujian. Saya minta semua doakan yang baik-baik saja.
Dr Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Asia yang berlangsung di Studio 38, Kota Damansara, pada Sabtu.
Menjawab spekulasi raya berasingan, Dr Hafiz menafikan dakwaan tersebut sekali gus berkata dia memerlukan ruang bagi meredakan keadaan susulan isu rumah tangga sedang hangat diperkatakan.
Kami ada saja beraya, cuma tak kongsi gambar. Saya tak nak komen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: