Menerusi perkongsian Dr Fie Tawfek di laman media sosialnya, dia ada menjelaskan mengenai konsep Baby Led Weaning (BLW) untuk memupuk rasa berdikari sejak kecil.
Pendekatan itu dipilih seawal usia anaknya enam bulan untuk dijadikan aalternatif kepada kaedah penyusuan pepejal tradisional, di mana bayi diberi peluang untuk makan sendiri sejak awal tanpa perlu disuap.
Baca juga: Ibu Terapkan Gentle Parenting Didik Anak Autistik, Dari Speech Delay Terus Fasih British!
KONSEP BABY LED WEANING JADI TREND, BIAR ANAK MAKAN SENDIRI
Dalam kaedah konvensional, bayi biasanya diberi makanan yang dilenyek atau disuap menggunakan sudu. Sebaliknya, BLW membenarkan bayi mengeksplorasi makanan dengan deria sentuhan dan rasa sekaligus menggalakkan perkembangan motor halus serta koordinasi tangan-mulut.
Selain itu, pendekatan ini juga membantu bayi mengenal tekstur dan rasa makanan asli tanpa tambahan garam, gula atau perasa lain. Ia memberi peluang kepada bayi untuk belajar mengawal selera dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: