Site icon Kool FM

Dr Maza Kongsi Pengalaman Berurusan Dengan Ramai Orang Miskin


Menerusi video di akaun TikTok @seruantaqwa, dapat dilihat Prof. Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin telah berkongsi pengalamannya selepas berurusan dengan orang miskin.

Beliau dengan jujur menjelaskan, kebanyakan orang miskin ini bersifat pemalas kerana sikap mereka.

“Kebanyakan orang miskin berkaitan dengan malas,” katanya.

Menurutnya, sikap pemalas seseorang itu dapat dilihat daripada penjagaan rumah mereka sendiri. Ada yang sanggup membiarkan rumah mereka berada dalam kotor.

Malah, beliau juga memberitahu ada sesetengah individu yang hanya mewakilkan isterinya untuk pergi menerima bantuan. 

Bukan itu sahaja, beliau juga mendakwa ada sesetengah individu miskin yang tidak berusaha mencari pekerjaan. Mereka dilihat lebih hanya mengharapkan bantuan yang diterima.

“Saya memang geram, mereka pemalas. Tak bangun dan bergerak cari kerja. Bangun-bangun pergi ke kedai kopi dulu sembang. Lepas itu last sekali datang minta bantuan,” ujarnya. 



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version