Site icon Kool FM

“Dr Tolong Check Hati Saya Sakit Dan Sedih..” – Chef Wan Hampir Sakit Jantung Kerana Tekanan

Kontroversi pernikahan Serina Redzuawan masih belum surut-surut walaupun sudah beberapa hari berlalu. Ada sahaja minyak yang dituang di atas bara api. Selepas satu, satu lagi isu timbul dek kerana perkahwinan yang dikatakan tidak direstui ramai ini.

Baru sahaja wanita yang bernama Nur Hamizah Shaffee mendakwa dirinya adalah isteri kepada Aidid semasa Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga dan menghangatkan lagi kontroversi dari diperkatakan.

Baca juga: “Jangan Belakangkan Mak Ayah Dan Bersikap Kurang Ajar” – Ibu Chef Wan Sedih Berita Pernikahan Serina

Dia mendakwa bahawa kenyataan Serina yang mengatakan Aidid adalah duda ketika menikahinya secara senyap di Perlis adalah tidak benar kerana wanita ini masih lagi isteri Aidid yang sah ketika itu.

Terbaru, Chef Wan, bapa kepada Serina, menerusi postingnya berkata bahawa dia berkecil hati kerana Serina lebih mementingkan hatinya, suami dan keluarga mentuanya. Manakala, hati bapanya sendiri tidak dihiraukan.

Doctor…
My daughter said ” Why papa aib kan kami ? My husband nanti jika kena tindakan tatatertib atau di buang kerja mcm mana? Malu parent in law because of this.”

Adoi. Bukan dia ingat hati bapak dia yang di tipu dik laki bini. Kita mendapat malu.

Yang nitizen tak tahu hujung pangkal pulak maki hamun kita tak tentu pasal mau pun all her friends that sided both their perbuatan.

Kenapa tak fikir 1000x nak buat Rina sebelum semua ini berlaku? Semlm new isteri tua mengaku mereka kawin sebelum dia di cerai kan. Kantoi lagi.

Biar la orang tahu cerita sejujur jujurnya agar bapak kau ni tak jadi mangsa di maki hamun oleh orang. Berani kerana benar Rina.

My heart is beating so fast 2 nights ago hearing the new Doc. I swear to u i was going to have a heart attack as i felt suffocated. I stopped reading all the comments on my IG.
Swollowed by sleeping pills to shut my stress mind and heart away from all this problem.
Just as well Dr i had scheduled my annual medical check up today at the Gleneagle hospital plus my covid test again for the 3rd time.

Lets do a thorough check up Dr why i felt my heart suddenly lacked of air and feeling tight breathing. Dia lebih penting kan hati dia, suami dan in law.

Chef Wan berkata bahawa jantungnya berdegup dengan laju sejak 2 malam yang lepas dan dia merasakan hatinya begitu sakit sehingga tidak boleh bernafas dek kerana memikirkan tentang kontroversi yang melanda anak perempuannya.

Tambah Chef Wan, dia juga terpaksa mengambil pil tidur bagi membantu menenangkan mindanya yang tertekan dan hatinya yang terluka berpunca daripada permasalahan ini.

Jawapan Chef Wan kepada Serina mudah, biarlah orang tahu cerita yang sejujurnya supaya tiada sesiapa akan dimaki oleh orang ramai.

“Berani kerana benar Rina”

Apa pun, diharap agar Chef Wan kembali sihat dan semoga segala kesulitan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Baca juga: “Masih Isteri Aidid, Ketika Serina Bernikah..”- Bekas Isteri Inspektor Juga Dakwa Bahagia Sebelum Ini

Sumber: Chef Wan

Exit mobile version