PETALING JAYA – DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) telah mencatat keuntungan pra-cukai untuk tiga bulan bagi tempoh kewangan 31 Mac 2022 (S12022) sebanyak RM4 juta daripada jumlah perolehan bernilai RM3.07 bilion.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dalam tempoh sama, perolehan daripada sektor automotif dan pos kedua-duanya merosot tahun ke tahun, masing-masing kepada RM2.07 bilion dan RM306.6 juta.
“Secara keseluruhan, , perolehan DRB-HICOM susut 12.6 peratus tahun ke tahun berbanding RM3.51 bilion suku yang sama tahun sebelumnya.
Tambah kenyataan tersebut, sektor perbankan dan aeroangkasa serta pertahanan mencatat pertumbuhan perolehan tahun ke tahun yang positif manakala empat sektor lain mencatat perolehan yang rendah.

Bagi sektor automotif, selain daripada kekurangan cip mikro susulan isu rantaian bekalan global, banjir besar yang melumpuhkan Lembah Klang pada pertengahan Disember 2021 turut memberi kesan kepada pengeluar kereta nasional Proton.
“Perolehan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
