PETALING JAYA – DRB-HICOM Berhad melaporkan keuntungan pra-cukai sebanyak RM247.39 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Prestasi tersebut disokong hasil sebanyak RM16.19 bilion, peningkatan 2.1 peratus daripada RM15.85 bilion yang dilaporkan bagi tahun kewangan sebelumnya.
Bagi suku tahun keempat 2024, Kumpulan melaporkan peningkatan hasil sebanyak 5.2 peratus kepada RM3.97 bilion, berbanding RM3.77 bilion pada suku sama tahun 2023, didorong terutamanya oleh jualan lebih tinggi dalam sektor Automotif, Perbankan dan Hartanah.
Kumpulan bagaimanapun mencatatkan kerugian pra-cukai sebanyak RM35.17 juta pada suku keempat, terutamanya disebabkan oleh pengurangan keuntungan dalam sektor Perbankan, yang terjejas akibat elaun kerugian kredit lebih tinggi terhadap pembiayaan pelanggan dan kemerosotan nilai pelaburan.
Selain itu, sektor Automotif mencatatkan keuntungan yang lebih rendah, terutamanya disebabkan oleh diskaun dan insentif lebih tinggi bagi jualan penghabisan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
