Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

DRB-HICOM rekod untung pra-cukai RM148 juta

today18 August 2026

Background


PETALING JAYA – DRB-HICOM Berhad mencatat keuntungan pra-cukai sebanyak RM148.12 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (S2 2026), peningkatan sebanyak 20.2 peratus tahun ke tahun.

Peningkatan keuntungan didorong terutamanya oleh segmen Mobiliti, disokong keputusan yang lebih baik daripada segmen Pos dan Perkhidmatan, namun sebahagiannya diimbangi oleh prestasi lebih lemah dalam segmen Perbankan dan Hartanah.

Hasil pula meningkat 33.1 peratus kepada RM5.5 bilion.

Pertumbuhan hasil didorong oleh jumlah jualan Proton yang lebih tinggi, sumbangan daripada perniagaan aeroangkasa yang diperluas susulan pengambilalihan CTRM AeroSystems Sdn. Bhd., prestasi lebih kukuh daripada perniagaan pengedaran automotif, pendapatan pembiayaan lebih tinggi di Bank Muamalat, serta peningkatan berkaitan hasil industri penerbangan, kurier dan logistik dalam kumpulan Pos Malaysia.

Dalam separuh pertama 2026, Kumpulan mencatat keuntungan pra-cukai sebanyak RM340.52 juta, peningkatan 57.8 peratus…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post