PETALING JAYA – DRB-HICOM Berhad merekodkan keuntungan pra-cukai berjumlah RM233.16 juta dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022 (1H 2022), disokong peningkatan permintaan dalam sektor automotif berbanding kerugian pra-cukai RM243.22 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Perolehan turut meningkat kepada RM6.62 bilion berbanding RM6.13 bilion dalam enam bulan pertama tahun 2021 (1H 2021), yang mana dua per tiga daripada perolehan disumbangkan sektor automotif.
Prestasi lebih baik itu turut dirangsang oleh pengurangan kerugian di syarikat penghantaran pos dan logistic, Pos Malaysia Berhad yang masih meneruskan program transformasi mereka ketika ini.
DRB-HICOM dalam satu kenyataan di sini berkata, unit perbankannya, Bank Muamalat mencatatkan perolehan bernilai RM587.69 juta berbanding RM546.79 juta tahun lalu, disumbangkan peningkatan pendapatan pembiayaan peribadi dan pembiayaan hartanah.
“Dalam sektor aeroangkasa dan pertahanan, peningkatan penghantaran oleh kontraktor…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: