
Penerbit digital terkemuka tanah air, REV Media Group (REV), melakar kejayaan luar biasa selepas membawa pulang tujuh anugerah di Malaysian Digital Association (MDA) d’Awards 2026.
Paling membanggakan, REV dinobatkan sebagai pemenang anugerah Emas bagi kategori Publisher of the Year dan Content Agency of the Year.
Secara keseluruhan, REV berjaya meraih tiga anugerah Emas dan empat anugerah Perak. Kejayaan ini merangkumi pelbagai kategori penting termasuk penerbitan digital, kandungan berjenama, inovasi kecerdasan buatan (AI), pertumbuhan audiens, pelaksanaan kempen, serta pembangunan bakat.
Pengiktirafan tertinggi sebagai Publisher of the Year dan Content Agency of the Year ini sekali gus mengukuhkan lagi status REV selaku penerbit digital nombor satu di Malaysia.
Kemenangan ini membuktikan keupayaan tinggi REV dalam menghasilkan kandungan berteraskan audiens, memimpin pasaran media pelbagai bahasa, serta mendalami budaya dan platform tempatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: