Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pemain badminton negara dan atlet terkenal dunia Lee Chong Wei baru-baru ini menarik perhatian apabila beliau memuat naik foto bersama penyanyi dan artis terkenal K-pop, Jackson Wang berasal dari Hong Kong.
Artikel Berkaitan:
Menerusi perkongsian foto di akaun rasmi media sosial milik Lee Chong Wei, beliau mendedahkan Jackson adalah bekas atlet olimpik dunia sepertinya tetapi berlainan sukan.

Selain itu, Lee Chong Wei turut mengalu-alukan kedatangan Jackson Wang bersempena Konsert Jackson Wang Magic Man di Malaysia pada 17 Disember lalu bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
“Anda semua tidak akan dapat bayangkan sorakan gemuruh semasa konsertnya malam tadi! Malah, Kingston & Terrance (anak lelakinya) cemburu dengan saya kerana sempat mengambil gambar ini,” ujar beliau di kapsyen foto tersebut.
“Selamat datang ke Malaysia, Jackson Wang. Kisah kehidupan anda adalah sebuah inspirasi buat saya,” tambahnya lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
