Site icon Kool FM

Dua Beradik Kena Marah Selamba Potong Gelang Pink


Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di depan rumah pesakit Covid-19. Beliau merupakan Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi Beseri, Mata Ayer dan Chuping iaitu Reswan Ramli.

Difahamkan dia mendapat tahu dua beradik yang masih berada dalam tempoh kuarantin didapati keluar dari rumah mereka untuk berjumpa rakan di Kampung Melayu Padang Besar.

Apa yang lebih mengejutkan adalah mereka sanggup memotong gelang kuarantin KKM sehingga menyebabkan ada individu yang mempunyai kontak dengan mereka turut positif virus itu.

Berikutan itu, masing-masing dikompaun RM6,500 dan RM1,500 selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version