
England melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menundukkan Norway 2-1 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Miami Stadium sebentar tadi.
Jude Bellingham merupakan watak penting dalam kemaraan penting itu setelah pemain tengah tersebut menjaringkan dua gol untuk memastikan slot separuh akhir menjadi milik skuad The Three Lions.
Meskipun menguasai permainan, skuad kendalian Thomas Tuchel itu tersentak pada minit ke-36. Rembatan kaki kiri Andreas Schjelderup dari sebelah kiri kotak penalti berupaya memperdayakan Jordan Pickford untuk meletakkan Norway dihadapan.

England Bangkit Daripada Ketinggalan
Kelebihan skuad kendalian Stale Solbakken itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Bellingham yang menerima lorongan Anthony Gordon, masuk ke dalam kawasan penalti dan kemudiannya melakukan percubaan rendah menewaskan Orjan Nyland pada masa kecederaan babak pertama.
Aksi babak kedua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: