Di Ipoh, dua orang guru telah didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh, Perak atas pertuduhan pengabaian kanak kanak sehingga menyebabkan kematian.
Kejadian itu berlaku pada April 2023 yang lali. Di mana seorang kanak kanak lelaki terjatuh di dalam kolam renang dan meninggal dunia.
Menurut laporan portal Majoriti, Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad pada Selasa.
Kedua dua guru tersebut adalah orang yang bertanggungjawab terhadap V. Thanes Nair yang berusia empat tahun – ketika tragedi itu berlaku.
Tertuduh telah meninggalkan mangsa tanpa pengawasan sewajarnya di sebuah tadika di Sri Klebang pada 17 April 2023.
Pihak keluarga mangsa telah mendakwa pihak tadika cuai dalam pengurusan mereka.
Jika sabit kesalahan, kedua dua guru itu boleh didenda RM20,000 setiap seorang atau penjara maksimum 5 tahun, atau kedua duanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: