Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Dua Individu Sedang Belajar Jadi Lebih Dewasa’

today25 November 2025

Background
[VIDEO] Reen Rahim Kongsi Perjalanan Bisnes Bersama Suami – ‘Di Sebalik Tawa, Dua Individu Sedang Belajar Jadi Lebih Dewasa’


Pelakon dan usahawan, Reen Rahim, berkongsi sebuah coretan istimewa tentang perjalanan perniagaan yang dibangunkannya bersama suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, yang disifatkannya sebagai penuh warna.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reen Rahim Dinobat Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025

‘Ada masa gaduh, ada ketawa’

Menerusi hantaran di Instagram, Reen, 37, berkata realiti hubungan mereka tidak selalu sempurna, namun tetap kukuh apabila melibatkan komitmen terhadap bisnes makanan tambahan yang dijalankan.

Reen menjelaskan bahawa hubungan itu sering dihiasi dengan momen spontan yang menghiburkan, sambil mengakui mereka bukanlah pasangan yang matang.

Kami bukan pasangan yang paling matang. Ada masanya kami bergaduh manja, ada waktunya kami ketawa tanpa sebab yang jelas dan kadang-kadang kami lebih banyak bermain berbanding bekerja.

Namun satu perkara yang kami tidak pernah ambil mudah ialah tanggungjawab, terutama apabila melibatkan perniagaan dan produk yang kami hasilkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shah Zulk


Previous post