Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Dua Jaringan Ivan Mamut Bawa Terengganu Ke Final

today3 November 2023

Background
Ivan Mamut


Dua jaringan Ivan Mamut memastikan kemaraan Terengganu ke final Piala Malaysia 2023 selepas menundukkan Kuala Lumpur (KL) City 2-1 pada aksi separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebentar tadi.

Kemenangan dengan agregat 4-2 itu sekali gus mengesahkan pertemuan final Terengganu menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan berlangsung pada 9 Disember.

Beraksi dihadapan lebih 25,000 penyokong setia yang hadir, anak buah Tomislav Steinbruckner tampil dengan cukup garang sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin.

Ia jelas dibuktikan dengan beberapa percubaan berbahaya dijelmakan pasukan tuan rumah terutamanya menerusi Liridon Krasniqi dan Sony Norde.

Liridon mendapat peluang pada minit ke-10 menerusi percubaan daripada luar kawasan penalti tetapi rembatannya hanya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol yang dikawal Kevin Ray Mendoza Hansen.

Empat minit…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Jerman jumpa Australia di final SOJC

Johor Bahru: Jerman yang kali terakhir menyertai Piala Sultan Johor (SOJC) 11 tahun lalu menewaskan juara bertahan India 6-3 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Taman Daya hari ini.

today3 November 2023