
Selama dua minggu, penduduk di sekitar Parit Buntar dan Nibong Tebal hidup dalam ketakutan.
Kelibat ‘pocong mengamuk’ yang didakwa menghantui kawasan tersebut bukan sahaja mencetuskan kegusaran, malah membuatkan ramai yang kecut perut untuk keluar rumah pada waktu malam.
Namun, misteri yang menghantui dua wilayah ini akhirnya terjawab malam tadi apabila ‘makhluk’ tersebut berjaya ditangkap.
Rupanya, ia bukanlah entiti dari alam ghaib, melainkan seorang pemuda yang tidak cukup kerja.
Ditumpaskan Ketika ‘Live’
Kejadian lucu tapi menyakitkan hati ini berlaku di Parit Kasa apabila seorang pempengaruh yang sedang melakukan rakaman secara langsung (Live) tersempak dengan kelibat tersebut.
Walaupun cuba melarikan diri, ‘pocong’ berbaju putih dan berseluar sukan itu akhirnya berjaya dipintas.
Saat dipaksa membuka kain telekung yang membalut tubuhnya, terbongkarlah wajah sebenar seorang pemuda berusia lingkungan 20-an yang sanggup berbuat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: