Site icon Kool FM

Dua Orang Cedera Selepas Skrin Video Gergasi Jatuh Ketika Konsert


Langgan saluran Telegram kami atau muat-turun aplikasi di App Store dan Google Play.

Dua penari di Hong Kong cedera selepas terkena skrin yang jatuh semasa Mirror, sebuah kumpulan paling popular di negara tersebut membuat persembahan, lapor Reuters.

Rakaman insiden itu beredar dalam talian. Ia memaparkan sekumpulan penari berpakaian putih membuat persembahan di atas pentas di Hong Kong Coliseum apabila tiba-tiba sebuah skrin video bersaiz gergasi jatuh dan menghempap ​​salah seorang penari. Skrin itu kemudiannya jatuh ke atas seorang lagi sebelum yang lain bergegas untuk membantunya.

Pengurus Mirror Ahfa Wong kemudian naik ke pentas untuk memohon maaf dan meminta penonton beredar, menurut klip video yang tersebar dalam talian.

Penari itu kemudiannya dibawa ke hospital dalam keadaan sedar sejurus selepas 10.30 malam waktu tempatan, polis…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version