Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dua Wanita Redah Hujan Demi Tolong Pak Cik Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Dipuji Ramai

today12 June 2025

Background


Menerusi video di akaun Facebook Yu KH, kelihatan dua wanita yang menaiki kereta jenis Proton Saga dilihat keluar dari kenderaan mereka sebaik sahaja ternampak sebuah Perodua Kancil berhenti di tengah jalan.

Walaupun hujan sedang turun, mereka terus ke arah kereta tersebut dan membantu lelaki warga emas itu menolak kenderaannya ke tepi jalan.

“Memang teruja ambo dengan keprihatinan dua orang gadis dalam Saga yang sanggup keluar semasa hujan untuk menolong pakcik menolak kereta Kancil yang rosak ke tepi jalan sebelum berlari kembali ke kereta mereka semula,” tulis di kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen bersetuju dengan pujian yang diberikan, memuji sikap spontan, berani dan prihatin dua wanita berkenaan yang dipercayai berasal dari Kelantan.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Luar Negara

Melepak hingga lewat malam, remaja dipukul hingga mati

Jakarta: Kegembiraan sekumpulan remaja melepak di warung makan di Jalan Monjali daerah Sleman, hingga awal pagi bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dan seorang lagi parah dipukul penduduk yang berang sebab keengganan mereka mematuhi arahan supaya beredar. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today12 June 2025