Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dua Warga Singapura Maut, Ferrari Terbakar

today9 May 2026

Background


Dua warga Singapura maut selepas Ferrari dinaiki mereka terbabas, sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 57.5, Jalan Johor Bahru-Mersing.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 9 pagi hasil laporan orang awam.

“Kemalangan melibatkan kereta jenis Ferrari dipandu lelaki terbabit bersama-sama wanita di tempat duduk penumpang.

“Kereta itu dipercayai terbabas sendiri lalu kemalangan dan mengakibatkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan, terbakar dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post