
Dahulu, seseorang penyanyi boleh tamat promosi album, berehat beberapa bulan malah bertahun-tahun sebelum kembali dengan karya baharu. Tempoh ‘menghilang’ itu dianggap sebahagian daripada kitaran kerjaya.
Contohnya, penyanyi terkenal antarabangsa, Adele pernah mengambil masa beberapa tahun antara album 25 pada 2015 dan 30 pada 2021. Manakala, Rihanna pula tidak mengeluarkan album studio baharu selepas Anti pada 2016, tetapi namanya kekal menjadi bahan perbualan kerana peminat terus menantikan perkembangan muziknya.
Hari ini, keadaannya berbeza. Tak kemas kini Instagram beberapa minggu, peminat mula bertanya. Tak muncul di acara, timbul teori. Lama tak buat TikTok atau siaran langsung, ada pula yang menganggap artis sedang berehat, bergaduh dengan pengurusan atau bersedia untuk comeback.
Deloitte menggunakan istilah ‘always-on fandom’ dalam laporan 2026 Digital Media Trends, dengan dapatan peminat hari ini mahu terus berhubung dengan artis, rancangan dan francais yang mereka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
