PETALING JAYA – Keputusannya meninggalkan kerjaya hebat sebagai juruaudit di beberapa buah bank ternama negara lebih sedekad langsung tidak pernah membuatkan wanita ini menyesal dengan jalan yang dipilihnya.
Bahkan anak kelahiran Bera, Pahang ini bersyukur dengan keputusan untuk ‘berubah angin’ daripada dunia korporat kepada perniagaan telah dipermudahkan Allah.
Pengarah Urusan Haus International Sdn. Bhd. (Haus) yang juga Pengasas GIM Cosmetics Industries Sdn. Bhd. (GIM Cosmetics), Norazimah Abd. Jalil, 42, berkata, dia nekad untuk menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan kosmetik kerana minat yang mendalam dengan dunia kecantikan.
“Kalau ikutkan sudah lama sebenarnya saya mahu buka perniagaan sendiri tetapi beberapa kali tertangguh disebabkan beberapa halangan tertentu.

“Akhirnya idea tersebut berjaya direalisasikan pada 2019 dan itulah yang menjadikan Haus Cosmetics pada hari ini, sangat unik dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.
“Idea itu datang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
