Penyanyi Andi Bernadee tampil berkongsi tentang penyakit yang dihadapinya sehingga menjejaskan aktiviti seharian serta kerjaya.
Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Mahu Naikkan Berat Badan, Hilang 20 Kg Sejak Sembilan Bulan Lalu – ‘Sekarang Saya 46 Kg’
Andi alami hipertiriod

Ketika ditemui OhBulan!, Andi atau nama lengkapnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, menjelaskan bahawa kira-kira setahun dia mengalami penyakit autoimun hipertiroid.
Penyakit saya ini adalah autoimun hipertiroid, di mana hormon badan saya berlebihan. Apabila berlebihan ia akan serang organ-organ yang lain.
Saya punya gigi bernanah, tiga bulan tak henti. Berdiri tak payah cakaplah semput, bawa kereta tak boleh nak tekan pedal minyak sebab kita menggigil. Tengah tidur menjerit sebab kekejangan.
Bagaimanapun Andi berkata, dirinya kini semakin pulih dan sedang dalam proses untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Dari tahun lalu, selepas keluar hospital saya kena makan 15 biji ubat sehari. Tapi sekarang Alhamdulillah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: