Kool FM

Dulu SPM Dapat 2A, Anak Malaysia Ini Gegarkan Indiana Dengan Anugerah Universiti Tertinggi


Menjadi lumrah apabila mendapat markah biasa-biasa di dalam pelajaran, kita akan merasa ‘down’ kerana tidak dapat mencapai impian yang dimahukan.

Namun, segelintir individu berjaya bangkit dari kejatuhan dan menjadi insan yang luar biasa dengan membuktikan kemampuan mendapat keputusan cemerlang di menara gading pula.

Inilah kisah inspiratif Zul Hakim Zulhaimi, anak Malaysia baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi dari Purdue University, West Lafayette, Indiana, sebuah universiti yang terkenal di peringkat dunia terutamanya dalam bidang kejuruteraan.

Dulu SPM Dapat 2A, Anak Malaysia Ini Gegarkan Indiana Dengan Anugerah Universiti Tertinggi
Sumber Gambar: MARA USA

Selain itu, bukan satu sijil tetapi dua sekaligus telah dibolot oleh beliau yang merangkumi jurusan “Mechatronics Engineering Technology” dan “Automation & Systems Integration Engineering Technology”.

Menariknya, beliau juga sebenarnya berjaya menamatkan pengajian jauh lebih awal daripada garis masa yang ditetapkan iaitu pada semester Spring…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version