Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Dua pemain futsal Iran, Hossein Tayebi Bidgoli dan Moslem Oladghobad memberikan sumbangan cukup berkesan buat Mallorca Palma dalam membantu kelab tersebut menundukkan Cordoba World Heritage 6-2 pada aksi Liga Futsal Sepanyol 2022/23 yang berlangsung awal pagi tadi.
Artikel Berkaitan:
Kemenangan kedua berturut-turut dilakarkan itu melonjakkan Mallorca Palma di kedudukan kedua selepas mengumpul tujuh mata, ketinggalan lima mata dibelakang Barcelona yang masih mengekalkan rekod kemenangan bersih empat perlawanan.
Perlawanan di laman sendiri itu menyaksikan Hossein Tayebi berjaya meledakkan dua gol selepas beliau dengan tenang menyempurnakan peluang terhidang pada minit ke-10 dan 39.
Dua gol yang dihasilkan itu menjadi permulaan yang cukup baik buat Tayebi selepas beliau terlepas tiga aksi awal ekoran kecederaan serta membawa cabaran skuad futsal Iran dalam Piala Asia Futsal 2022 di Kuwait.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: