Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Duopharma Biotech catat untung RM21.47 juta suku kedua

today17 August 2022

Background


PETALING JAYA – Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM21.47 juta pada suku kedua 2022, dengan peningkatan sebanyak 6.3 peratus  berbanding suku yang sama sebelumnya.

Pertumbuhan tersebut disumbangkan oleh jualan yang lebih baik dalam segmen klasik beretika dan sektor kesihatan awam dalam tempoh berkenaan.

Keuntungan bersih meningkat sebanyak enam peratus ketika suku berkenaan kepada RM16.31 juta, dipacu oleh peningkatan 17 peratus dalam pendapatan menjadikan jumlahnya RM181.74 juta.

Modal Kumpulan juga meningkat kepada RM419.36 juta pada 30 Jun 2022 berbanding RM405.85 juta pada akhir tahun sebelumnya.

Pengarah Urusannya, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, keyakinan terhadap prestasi Kumpulan untuk baki bulan tahun ini, disokong oleh momentum pertumbuhan positif yang dilihat dalam ekonomi Malaysia berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa, serta peningkatan peruntukan belanjawan kerajaan dalam segmen farmaseutikal tahun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post