Musang King, atau nama asalnya Raja Kunyit, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila ia dinobatkan sebagai “Raja Segala Raja” dalam Kejohanan Durian Dunia 2025. Berita gembira ini telah dilaporkan oleh ASEAN Culture & History.
Durian terkemuka ini yang juga dikenali dengan D197 atau Mao Wan Shang di peringkat global kerana rupa teksturnya yang seperti mentega dan rasa pahit manis yang kuat, ia dianggap sebagai standard keemasan buat warga tempatan.

Durian Musang King mendapat sambutan yang baik di sejumlah negara serantau termasuklah China, Singapura, Taiwan dan Hong Kong. Menariknya, di China, Musang King ini dianggap sebagai barang mewah yang mana ia dijadikan sebagai hadiah untuk festival dan hanya dijual di dalam kedai premium.
Musang King sememangnya varieti durian unggul Malaysia. Malah, ia sangat dihargai kerana teksturnya yang berkrim, rasa yang kaya, dan penampilan yang menawan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: