PETALING JAYA – DVIRIA Nano Tech Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Ho Wah Genting Berhad (HWGB), melancarkan cecair pembasmi kuman permukaan chlorine dioxide pertama yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM), D’VIRIA Nano CD untuk kegunaan komersial dan domestik.
Produk yang mendapat pengiktirafan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan SIRIM itu terbukti mampu membunuh 99.9 peratus virus serta bakteria sesuai diaplikasikan pada permukaan yang kerap di sentuh seperti tombol pintu, butang lif dan telefon pintar.
Pengarah Eksekutif HWGB, Bernard Lim berkata, rakyat kini terpaksa berdepan dengan tempoh mencabar disebabkan pandemik dan seperti apa yang disaksikan sekarang, perlindungan daripada Covid-19 bukan sekadar dengan memakai pelitup muka, tetapi perlu memastikan persekitaran telah dinyah kuman.

Jelas beliau, D’VIRIA Nano CD menggunakan sistem tindakan unik untuk membasmi kuman tanpa mengeluarkan sebarang produk sampingan yang membahayakan pengguna.
“Ia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: