Dyson melancarkan Dyson Airstrait iaitu pelurus rambut tanpa plat panas dan tiada kerosakan haba yang akan berlaku untuk rambut.
Dicipta untuk semua jenis rambut, anda kini boleh mencapai gaya lurus semula jadi, ikal mayang dan kulit kepala juga kekal sihat tanpa sebarang kelemumur.
DYSON PERKENALKAN DYSON AIRSTRAIT TANPA PLAT PANAS

Jurutera Dyson telah mengkaji secara terperinci tentang struktur rambut. Sekiranya anda ingin menukar gaya rambut, ikatan hidrogen dalam setiap helai rambut mesti dipecahkan dan ditetapkan semula untuk mengekalkan bentuk baharu.
Dengan menggunakan Dyson Airstarit anda kini dapat menggayakan rambut tanpa memikirkan kerosakan yang teruk. Dyson Airstrait dikuasakan oleh motor hyperdymium yang direka khas untuk menjadi nadi teknologi Penjagaan Rambut Dyson.
Kecil, ringan dan cukup kuat untuk mengeringkan rambut basah dan meluruskan secara serentak. Seperti rangkaian penjagaan rambut Dyson yang lain, Dyson Airstrait menampilkan kawalan haba pintar.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
