PETALING JAYA – Perniagaan bersifat tradisional selalunya dipengaruhi pelbagai cabaran termasuk dari segi capaian pelanggan, cuaca hingga isu logistik yang menjadi kekangan kepada usahawan dalam usaha menjana hasil stabil setiap bulan.
Pada musim hujan misalnya, kehadiran pelanggan berkunjung ke gerai diusahakan Muhammad Afiq Mohamad Arshad dan Faizah Milindi di pasar malam, yang menjual pelbagai barangan kering seperti buah goji, teh bunga dan barli seringkali tidak menentu hingga menimbulkan masalah ketidakstabilan kewangan.
Menyedari kepayahan tersebut, kedua-dua anak muda ini meneroka perniagaan di platform Shopee dengan menubuhkan A&F Berkat Borneo pada tahun 2018 sehinggalah jejak niaganya semakin kukuh di platform e-dagang popular tersebut.
Sehingga kini, mereka berjaya mencatat pertumbuhan pesat bermula daripada RM80,000 pada tahun pertama kepada anggaran RM500,000 menjelang akhir 2024.
“Shopee membuka pintu yang tidak pernah kami jangka. Penyelesaian logistik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
