Site icon Kool FM

Eartistic aktif dekati masyarakat tentang kesihatan pendengaran


PETALING JAYA – Eartistic Hearing & Physio Centre (Eartistic) mahu terus aktif menganjurkan pelbagai program kesedaran kepada masyarakat khususnya berkaitan penjagaan pendengaran yang sering diabaikan oleh masyarakat sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Nur Shasa Ain Abdul Aziz berkata, menurut kajian yang dijalankan sebelum ini, satu daripada lima orang mengalami masalah pendengaran disebabkan beberapa faktor seperti kesihatan, kategori pekerjaan dan aktiviti yang dijalankan.

Menurut beliau, jika masalah tersebut tidak dirawat pada pe­ringkat awal, ia boleh mendorong kepada masalah pendengaran untuk jangka masa panjang.

Katanya, tanpa ­di­sedari masalah pendengaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah komunikasi ­khususnya dalam hubungan kekeluargaan dan hubungan terjalin antara ­pasangan suami ­isteri.

“Ramai yang bersikap sambil lewa terhadap masalah pendengaran yang dihadapi mereka pada pe­ringkat awal.

“Namun ia akan ­menyebabkan berlakunya masalah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version