JENAMA makanan sejuk beku terkemuka, EB Frozen Food Sdn. Bhd, (EB) mungkin sudah tidak perlu diperkenalkan dan cukup sinonim dengan barisan produk yang pastinya memikat selera pengguna.
Bertapak lebih 25 tahun dalam industri pembuatan makanan, EB telah memperkenalkan tujuh siri produk berkualiti tinggi dan menjadi antara salah satu jenama paling cepat berkembang.
Buktinya, ketujuh-tujuh siri produk EB seperti chicken, finger food, hotpot, dim sum, oceanic, western dan Japanese series telah pun menembusi pasaran di 28 buah negara sejak diperkenalkan.
Bersesuaian dengan konsep cepat dan senang, sekali gus memberi kemudahan kepada kehidupan masyarakat selari dengan gaya hidup lebih pantas masa kini, EB hadir dengan barisan produk terbaharu di bawah siri ayam sedia ada iaitu Tempura Chicken Nugget.
Dibuat menggunakan isi dada ayam segar dan dicelup dalam adunan tempura istimewa, rasa rangup dan berjus ketika dinikmati pasti membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta pada keenakannya.

Sumber:
