KUALA NERUS – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bercadang untuk menjadikan Terengganu sebagai salah satu hab industri kenderaan rekreasi (RV) seiring visi kerajaan mahu menjadikan negara sebagai hab RV Asia Pasifik menjelang tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat berkata, pihaknya sedang mengenalpasti lokasi berpotensi di negeri ini untuk dimajukan sebagai Taman RV berkenaan.
“Kita berhasrat membangunkan industri RV di Terengganu dan beberapa lokasi berpotensi di negeri ini sedang dikenalpasti.
“Infrastruktur luaran dan kemudahan asas akan dibangunkan di tapak taman RV yang akan dimuktamadkan kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan premis Surau Al-Ikhwan dan Tabika Teluk Ketapang masing-masing kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Teluk Ketapang di sini kelmarin.

Kedua-dua premis itu merupakan sebahagian daripada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: