Site icon Kool FM

Eckem pertingkat produktiviti, kecekapan kos dalam persekitaran harga minyak turun naik


PETALING JAYA – Eckem Holdings Berhad (Eckem) akan memfokuskan usaha untuk memperkukuhkan produktiviti, kecekapan kos dan pengurusan kewangan yang berhemat di tengah-tengah turun naik harga minyak mentah dan bahan mentah global, gangguan rantaian bekalan dan ketidakpastian perdagangan.

Hala tuju dasar Malaysia di bawah Pelan Hala Tuju Industri Kimia 2030 dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 telah menyokong aktiviti kimia hiliran bernilai lebih tinggi, inovasi, automasi dan pembuatan termaju.

Ini dapat dilihat daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia melaporkan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM23.6 bilion dalam bahan kimia dan produk kimia merentasi 87 projek pada tahun 2025, mencerminkan minat pelaburan berterusan dalam rantaian nilai kimia bernilai lebih tinggi Malaysia.

“Berlatarbelakangkan rekod tersebut, Kumpulan akan terus menilai peluang strategik yang dapat memperkukuh daya tahan jangka panjang dan pertumbuhan yang mampan, kata Pengarah Eksekutifnya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version